Saturday, January 26, 2008

srikandi Islam.

Assalamu'alaikum dearies,

terabai rasanya blog ani lately. Bukan alasan ana tidak ada perkara untuk diupdate, ganya lately ani, ana lebih rather spend most of masa ana with the sisters or baca buku yang semakin banyak jadi collection. Plus, mungkin inspirasi untuk menulis makin berkurangan pasal ani rasanya untuk mentarbiyah diri sendiri atas segala kekurangan yang terlalu ketara di mata ana...

Ya Allah perteguhkan keimanan hamba-Mu ini dan tingkatkan ketaqwaanku dalam menempuh setiap ujian dari-Mu, walau dalam bentuk apa sekalipun...

Ana ada gambar yang diambil bersama akhowat tapi memandangkan betapa berharganya ukhuwah fillah yang kami bina, dan untuk menjauhkan daripada fitnah dan dalam pandangan ana sendiri, akhowat ani terlalu 'berharga' untuk ana suka-suka hati menampalkan gambar mereka dalam blog ana tanpa izin mereka. Keperibadian akhowat benar-benar merisik hati ana untuk memperbaiki lagi kelemahan hati ana. Ana begitu teruja dengan penghafalan dan penghayatan dan pengetahuan akhowat tentang perkara-perkara yang ana sedang cuba untuk berjinak-jinak... insya Allah, semoga akhowat ani memberi ana dorongan dan sokongan yang lebih kuat untuk mencapai keindahan hidup berlandaskan syariat... ;)

Ana hanya akan post gambar random yang diambil oleh Ness. Do you reckon she got the hidden natural talent as a photographer? ;)




Ana sedang jatuh cinta dengan 'Tautan Hati', lebih jauh ana membaca buku atu, lebih banyak pengetahuan dan iktibar yang ana dapat ambil dalam mengubat hati yang masih dalam proses pengenalan. Makin ana buka setiap lembaran, makin ana jatuh cinta dengan peribadi srikandi Islam... masya Allah, manisnya sangat-sangat tidak dapat ana gambarkan...

Ni cukup untuk membuatkan ana rindu pada akhowat ana... rindu berabisly. Inda sabar rasanya kan berjumpa lagi, insya Allah...

Jika sepasang kekasih berdating di taman,
kita tidak sabar-sabar dating dalam halaqoh,
Jika sepasang kekasih bercumbuan dalam sembunyi,
di bawah cahaya rembulan, berdua-duaan, jauh dari orang
kita berkasih sayang dalam sembunyi dan terang tanpa takut dan bimbang,
Jika sepasang kekasih sering bermain madah berhelah,
kita berhibur dengan madah kalamullah,
Jika sepasang kekasih sering memadu kasih atas rangsangan nafsu,
kita berkasih atas landasan ukhuwahfillah, bebas dari dorongan nafsu semata,
Jika sepasang kekasih akan menunaikan apa sahaja kemahuan kekasihnya,
kita pula berusaha sedaya upaya menunaikan apa sahaja kemahuan Pencipta kita,
Jika sepasang kekasih sentiasa saling menjaga hati,
kita sentiasa saling menjaga akhlak dan pekerti sesama,
saling nasihat menasihati agar makin berkualiti,
Jika sepasang kekasih merasakan dunia ini mereka yang punya,
kita sentiasa menyedari hakikat dunia ini Allah yang punya,
Jika sepasang kekasih sanggup korbankan harta, keluarga dan maruah demi cinta,
kita sanggup korbankan segala-galanya demu cinta agung-Nya,
dalam masa yang sama mencintai keluarga dan memelihara maruah setingginya...

- petikan dari Tautan Hati

Terima kasih Ya Allah~

ammey: Alhamdulillah sihat... how are you dearie? pray that all is well for you, insya Allah :)

No comments: