Tuesday, February 12, 2008

Hidayah.


Got this from an email. Semoga menjadi iktibar buat semua, insya Allah.


Tajdid Iman: Bisikan hidayah anugerah teristimewa
Bersama Dr Juanda Jaya


SETIAP manusia pasti menyimpan kenangan paling bersejarah dalam
hidupnya. Umpamanya, kenangan ketika pertama kali berjumpa buah
hati atau saat manis menggenggam kejayaan dalam pendidikan, kerjaya
dan bidang diceburi.

Kebahagiaan itu terpancar bersama kesyukuran. Hingga ke hari ini,
terlalu banyak detik bahagia yang pernah dilalui. Bagi seorang mukmin,
sebenarnya ada saat terlalu istimewa yang tidak dapat dibeli dengan
dunia dan segala isinya.

Ia terlalu mahal dan tidak mungkin sesiapa pun dapat memperoleh
kemanisan itu dengan tangannya sendiri kerana ia suatu anugerah
terhebat dalam sejarah kehidupan manusia. Inilah yang disebut
sebagai saat bersejarah ketika hati menadah titisan hidayah Allah.

Kali pertama bisikan kebenaran mampu melapangkan hati nurani
kita, sehingga tiada terdetik pun keinginan, kecuali kepada Allah dan
dia menjadi cukup bahagia menjadi hamba-Nya saja.Padahal, ketika
itu kebanyakan manusia berkeinginan kepada dunia dan bercita-cita
menjadi raja.

Perasaan itu pernah hadir di hati Umar al-Khattab yang membenci
Allah dan Rasul-Nya pada peringkat awal, tetapi selepas mendengar
bisikan hidayah menerusi alunan nada keramat Kalam Allah, beliau
hanyut dalam kolam hidayah yang menyucikan jiwanya.

Demikianlah keadaan manusia jika Allah menghendaki, maka tiada
sesiapa yang mampu menghalang dan jika Allah menolak, tiada sesiapa
boleh memujuk. Bahawa bernilai setiap detik yang mengandungi hidayah
bagi setiap insan.

Namun, ramai manusia yang bukan hanya sekali mendapat hidayah
bahkan berkali-kali diberi peluang sepanjang hidupnya. Cara hidayah
Allah diturunkan kepada manusia bermacam-macam, ada yang diuji
supaya bertaubat, tetapi dia hanya sedar pada saat goncangan pertama.

Sesudah badai berlalu dalam hidupnya, dia pun kembali tenggelam
dalam kenikmatan yang alpa. Sayang sungguh jika hidayah itu hinggap
sebentar, kemudian terbang entah ke mana. Manusia yang lalai ini
beralasan hatinya belum terbuka, jiwanya tidak siap menerima
perubahan dan dia
masih menunggu hidayah Allah yang lain
untuk menyucikan jiwa raganya.


Maka insan istimewa ini menunggu sepanjang hidupnya, menghitung hari
sambil melayan keinginan nafsu yang tidak pernah puas menikmati dunia.
Seolah-olah segala apa yang dia mahu Allah akan makbulkan.

Terbuka jalan selebar-lebarnya untuk mendapat apa keinginan, tetapi
sayang hanya satu yang Allah tidak bagi, satu yang teramat mahal bernama
hidayah. Ditutup pintu hidayah dalam hatinya sehingga dia tidak pernah
merasai puncak kenikmatan yang dirasai orang beriman.

Hidayah adalah milik Allah. Sesiapapun tidak berkuasa memberi
hidayah kepada sahabatnya, isteri, anak atau ibu bapanya sendiri. Hal itu,
dinyatakan Allah kepada Rasul-Nya yang bersedih kerana bapa saudara
dikasihi tidak mahu menerima Islam.

Begitu pula dalam kisah Asiyah yang beriman tidak dapat menolong
suaminya yang kufur dan anak Nabi Allah Nuh yang tenggelam tidak mahu
menerima keimanan, walaupun bapanya seorang Rasul.

Bahkan Allah menegaskan mengenai orang yang menolak hidayah Allah,
dalam firman-Nya yang bermaksud: “Jika kami turunkan malaikat kepada
mereka, dan orang yang sudah mati berbicara
dengan mereka dan kami
kumpulkan pula segala sesuatu ke hadapan mereka, nescaya mereka
tidak
juga akan beriman, kecuali jika Allah menghendaki, tetapi kebanyakan
mereka tidak
mengetahui.” (Surah al-An’am, ayat 111)

Dalam hati kita sentiasa terdengar bisikan iman iaitu hidayah Allah.
Sejauh mana seseorang mahu mendengar bisikan hidayah, itu pilihannya
sendiri. Tidak akan kekal iman yang dipaksa dan tidak akan kukuh
keyakinan kerana terpaksa.

Biarlah hidayah itu berakar kuat dalam hati, tetapi jangan pula hanyut
dalam angan-angan tanpa usaha mendapatkan hidayah. Sesungguhnya hidayah
itu mesti dicari, digenggam dan dikekalkan selama-lamanya dalam
kehidupan.

Iman sifatnya relatif, berubah-ubah, mengikut masa dan keadaan. Ada
yang tetap iman dan semakin tinggi darjatnya. Ada pula sekali melonjak
hingga ke puncak, lama kelamaan pudar ditelan gelombang kehidupan.

Setiap insan berada atas dua pilihan, seperti sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud: “Syurga itu lebih dekat kepada seseorang daripada tali
kasutnya dan demikian juga dengan neraka.”
(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Bagi yang sudah memiliki iman atau hidayah kurniaan Allah, sesungguhnya
iman itu tidak cukup sekadar melahirkan tangisan sekejap atau kesedaran
yang hanya sebentar. Manusia hendaklah mengekalkan hidayah yang
menerangi hatinya, sekali gus menambah kualitinya supaya cabaran
kehidupan tidak memperdaya diri.

Hanya satu jalan mencari hidayah Allah itu dengan mendekati ulama yang
ikhlas dan menuntut ilmu agama bersandar kepada al-Quran dan hadis
Rasulullah SAW. Berusaha bersungguh- sungguh meletakkan diri di
kalangan orang soleh, penuntut ilmu yang ikhlas dan pembela agama
Allah dalam bidang apapun.

Ilmu dan ulama adalah warisan Nabi yang bertugas menunjukkan jalan
diredai Allah sebagai penyambung mata rantai keimanan untuk
memastikan agama Allah tetap hidup atas muka bumi ini.

Al-Imam Ibnu al-Jauzi menulis mengenai keutamaan ilmu dalam kitab
beliau bertajuk Shaydul Khatir: “Ilmu membawa diriku menuju
pengetahuan mengenai Sang Pencipta dan ilmu menyuruhku untuk
berbakti kepada-Nya. Maka aku pun tunduk di hadapan kekuasaan-Nya
seraya melihat sifat-Nya. Hatiku juga merasai getaran kebesaran-Nya
sehingga aku tertunduk malu kerana cinta kepada-Nya. Ilmu juga yang
menggerakkan aku untuk sentiasa berada dekat ke riba-Nya dan
menolong aku mencapai ketinggian ubudiyah kepada-Nya. Aku hanyut
dalam kebesaran-Nya setiap kali mengingati-Nya dalam zikirku.
Saat menyendiri adalah saat ibadahku untuk-Nya. Apabila terdetik
hatiku mahu meninggalkan ilmu, ia berkata: Apakah kamu mahu
berpaling dariku, padahal akulah yang menjadi petunjuk jalanmu
sehingga kamu mengenal Allah? Aku pun menjawab: Sesungguhnya
engkaulah penunjuk jalan, tetapi aku sudah sampai ke destinasi,
masihkah aku memerlukan petunjuk jalan? Ilmu berkata lagi kepadaku:
Oh, tidak! Setiap kali bekalmu bertambah, akan bertambah pula
pengetahuanmu mengenai Kekasihmu dan kamu semakin faham bagaimana
cara mendekati-Nya. Esok kamu akan tahu sebenarnya hari ini kamu
masih banyak menyimpan kekurangan. Tidakkah kamu mendengar
firman-Nya kepada Nabi SAW: “Katakanlah (Wahai Muhammad)
Oh Tuhanku, tambahkanlah ilmuku.” (Surah Taha, ayat 14)

Setiap Muslim yang mahukan hidayah Allah tetap hidup di hatinya tidak
dapat melalui jalan lain, selain jalan ilmu. Menggali ayat al-Quran
dan hadis Rasulullah SAW menjadi agenda terpenting dalam rutin
hariannya.

Bertanya dan mengkaji nilai Islam dengan penuh tanggungjawab serta
mendekati ulama yang ikhlas semata-mata kerana mahu membuka setiap
pintu rahsia mengenai mencintai Allah.

Sesungguhnya jalan terbentang luas di hadapan kita terlalu sulit
dilalui. Hanya dengan bekal ilmu, hidayah Allah, setiap insan akan
mampu menghabiskan harinya di dunia dengan selamat sehingga bertemu
Allah dengan reda lagi diredai.

Penulis ialah pendakwah dari Sarawak dan boleh dihubungi melalui
juanda@kutpm. edu.my

3 comments:

Ummu Ummati said...

Masya-Allah, Allahu Akbar...

I couldn't stop smiling thinking about my moment of sampai seruan. Masya-Allah, its too beautiful to describe, and the feeling its like, cemana ah?

Its like when our first love said those three magical words, waaahhh melayang habis beb! Tidur, makan, mandi, bejalan, di main2 kan tu scene atu dalam kepala. Senyum kambing tah tu the whole month.

Tapi the feeling is beyond compare, because yang cakap "Aku sayang hamba Ku, si fulanah" is our Creator. Sang Pencipta, yang Maha Esa.

Masya-Allah, out of 6 billion people who were looking for Faith at that particular time, you were chosen to receive one. Allahu Akbar.

Too beautiful, masya-Allah, too beautiful...

sigh. I wanna go back to that moment and feel it all over again :)

.annisa. said...

Indeed. Masya Allah.

Different people different experiencenya. As for you sweetie, it was an overnight decision and I personally think that's the hardest. But hey, seems to me Allah knows that you can handle it so He made you felt determined about it, and trusting that He knows best.

Surah Al-Ankabut, Ayat 2-3. =)

Allahu Akbar!!!

I can imagine the feeling. The sweetness taste of Iman and hidayah. Masya Allah, words can hardly even begin to explain it.

Amazing innit? Most people regard it as a journey. Bit by bit, changes are made according to the strength and state of our Iman. But insya Allah, we all keep in mind that "after hardship comes ease, indeed after hardship comes ease".

May Allah will always keep us on the right path, Ameen.

I MISS YOU SWEETIE. Allah indeed is the best planner. We plan and we plan, but turned out that I'm not supposed to stayover tonight. Instead, I got to spend time with my mum, doing shopping for school supplies. Turns out I haven't spent much time with her last week.

So yeah.

Insya Allah, will be able to make it tomorrow morning. I gots stuff to tell you =)

In the meantime, revision to be done tonight. huhu...

Ummu Ummati said...

HOMAIGAWD! Shopping for school supplies is the best!! I don;t know why but next to tudong-slash-jubah-slash-buku shopping, STATIONERY SHOPPING RAWKS!!

I got new pens for tmrw as well. hehehehe.

AIMISHYEW TOOHH!! Mama misses you. She came to my room and ask "mana Nisa?"

I was like "Er, hello?"

"Not you! The tall one!"

Eseh..all this time ive been short panya...LOLOL.

You know, stress ku! I feel like I got big exam tmrw and I haven't finish my textbook!! kfjldksfjsdfdjk! Lol.

Bring your Sealed Nectar ah. WUBS WUBS! I text you what time Imma leave Belait!

see you tmrw insya-Allah!! xoxoxo