Tuesday, February 19, 2008

Muhasabah Diri.

SIFAT TAKBUR PENYAKIT JIWA MEMBINASA DIRI
OLEH: Majlis Agama Islam Negeri Kedah

SIDANG HADIRIN YANG DIRAHMATI ALLAH,
Bertaqwalah kepada Allah dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan menjauhkan segala larangan-Nya. Sifat takbur adalah merujuk atau sinonim kepada sifat-sifat sepertri sombong, angkuh, bermegah-megah, ego dan menganggap orang lain atau puak lain lebih rendah daripada dirinya atau puak/golongannya.

Sifat ini tergolong dalam kumpulan sifat-sifat keji (mazmumah) dan tidak disukai sama sekali oleh Allah S.W.T, sebagaimana peringatan Allah di dalam surah An-Nahl ayat 23:

Maksudnya:"Sebenarnya, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan. Sesungguhnya Dia (Allah) tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur itu".
Rasulullah S.A.W. pernah berkata kepada Abu Zar r.a.:"Wahai Abu Zar! Barangsiapa yang mati manakala di dalam hatinya ada sebesar debu daripada sifat-sifat takbur, maka dia tidak akan mencium bau syurga kecuali dia sempat bertaubat sebelum maut menjemputnya" .

SIDANG JEMAAH JUMAAT YANG MULIA,

Manusia yang berlagak takbur akan sentiasa dilaknat oleh Allah, kerana mereka menyaingi kebesaran dan keagungan Allah. Juga kerana mereka telah membesarkan diri mereka sendiri, bukan orang lain yang membesarkannya. Mereka seumpama iblis di mana pada mulanya merupakan makhluk yang sangat kuat beribadah, tetapi akibat buruk daripada sifat takburnya, maka dalam masa satu saat sahaja dia dilaknati oleh Allah S.W.T, hingga ke hari ini dan sampai kiamat.

Demikianlah juga segala niat dan perbuatan kita, andainya ditegakkan di atas dasar/sikap takbur, maka akan hancur lebur dan sia-sialah hidup serta amalan kita. Dengan kerana takbur itu hajatnya akan ditolak, puasanya sia-sia, sembahyangnya akan membawa kecelakaan. Salman Al-Farisi r.a. adalah antara seorang sahabat Rasulullah S.A.W, ketika ditanya: ‘Apakah perbuatan buruk yang menyebabkan semua kebaikan menjadi sia-sia? Beliau menjawab: Takbur.

Janganlah kita merasa membanggakan diri dengan ilmu yang banyak dan tinggi, sehingga menganggap orang lain semuanya bodoh dan jahil belaka. Takbur merupakan sifat Allah, kerana Allah tiada mempunyai saingan. Tiada sesiapa yang mampu mengatasi atau menandingi-Nya dalam kekuasaan dan kebijaksanaan Allah. Andainya, sifat berkenaan kita guna pakai, maka sudah tentulah kita sudah tersalah guna sifat kebesaran dan keagungan Allah S.W.T.

Mengenai hal ini Allah S.W.T berfirman:

Maksudnya:"Dan janganlah kamu memalingkan muka mu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada setiap orang yang sombong, takbur lagi membangga diri". (Surah Luqman ayat: 18).

Kesombongan bukan sahaja merugikan manusia, malah mengheretnya kepada kehinaan di akhirat kelak.
Haritsah bin Wahab r.a. berkata Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:"Mahukah kamu aku beritahu tentang ahli neraka? Iaitu setiap sifat keras hati, berjalan dengan angkuh dan sombong". (HR Muttafaqun 'alaih).

SIDANG JEMAAH JUMAAT YANG MULIA,

Di antara sifat tawaduk Rasulullah S.A.W. ialah apabila Baginda bertemu sesama Islam, Baginda yang terlebih dahulu memberi salam dan apabila berjabat salam tidak akan dilepaskan tangannya, kecuali orang itu yang melepaskannya dahulu.

Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali Rahimallahu 'anhu di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, menegaskan bahawa sifat takbur dan keangkuhan itulah yang telah menyebabkan Allah mengusir iblis keluar dari syurga kerana keengganannya untuk sujud kepada Nabi Adam a.s.

Kisah tersebut digambarkan dengan jelas di dalam surah Shad, ayat 71 hingga 85. Setelah Allah mencipta Adam lalu diperintahkan kepada semua malaikat agar sujud kepada Nabi Adam a.s., sebagai tanda penghormatan terhadap penciptaan dan kekuasaan Allah. Semua malaikat patuh kepada arahan tersebut kecuali iblis. Lalu iblis berkata, seperti yang tercatat dalam ayat 76, surah Shad yang bermaksud:

Maksudnya:"(Iblis berkata kepada Tuhan):'Aku lebih baik daripadanya (Adam), kerana Engkau ciptakan aku daripada api, sedangkan dia, Engkau ciptakan daripada tanah".

Iblis enggan sujud kepada Nabi Adam a.s., kerana meyakini bahawa martabatnya lebih tinggi daripada martabat Nabi Adam. Walaupun iblis sedar bahawa dia juga adalah ciptaan Allah Ta'ala, tetapi masih mahu bersikap sombong terhadap penciptaannya. Iblis yang sudah terusir itu, menambah lagi keangkuhannya dengan bersumpah bahawa dia akan menyesatkan keturunan Adam sehingga hari kiamat. begitulah sifat iblis, bukan hanya sekadar sombong, tetapi ditambah lagi dengan sifat dengki, khianat dan dendam kesumat yang tidak berkesudahan.

Imam Al-Ghazali rahimahullah Ta'ala, seterusnya menghuraikan bahawa sifat takbur terbahagi dua. Iaitu: Takbur bathin (yang tersirat dalam hati) dan kedua, takbur lahiriah (yang terserlah dalam bentuk perbuatan dan perkataan). Kadang-kadang dijelmakan menerusi bahasa badan, seperti melalui mimik muka, gerak mulut, gerak tangan atau kaki, gerak keseluruhan badan seperti lagak berjalan dan sebagainya.

SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,

Antara faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu bersifat takbur ialah faktor keturunan, kecantikan rupa paras, kekayaan harta, kelebihan ilmu, kesihatan, kekuatan, kuasa dan pengaruh serta usia muda.

Ciri-ciri sifat takbur pula, ditandai dengan beberapa ciri: Antara lain ialah suka dipuji, pantang dikritik, kagum dengan pandangan sendiri, suka meremehkan pandangan orang lain dan sukar untuk menerima nasihat atau tunjuk ajar daripada orang lain. Imam Al-Ghazali merumuskan, bahawa seburuk-buruk sifat takbur ialah orang yang tidak mahu mengambil sesuatu manfaat daripada sesuatu ilmu pengetahuan serta tidak mahu tunduk kepada kebenaran, walaupun kebenaran tersebut telah terbukti.

Segala sifat itu perlu dihindari, kerana ia bukan hanya boleh merosakkan keperibadian seorang individu, malah boleh meruntuhkan sebuah tamadun dan peradaban ummah. Apabila sifat angkuh dan sombong menguasai diri, akan hilanglah keseimbangan diri dan sikap rasional, maka tindakan mereka lebih menjurus ke arah mencapai kepuasan diri serta mengikut hawa nafsu masing-masing. Sekiranya sifat takbur berleluasa dan tidak dibendung, maka akan runtuhlah sebuah peradaban.

Justeru itulah, Ibnu Khaldun dalam karyanya 'Mukaddimah' menegaskan bahawa setelah beliau menganalisa sejarah kejatuhan dan kebangkitan satu-satu banga, beliau merumuskan bahawa keangkuhan, kesombongan, sifat suka bermegah-megah dan kerendahan akal budi adalah tanda-tanda kehancuran sesebuah tamadun.

Masyarakat yang bertamadun, berteknologi tinggi dan berakhlak mulia hanya akan terhasil dengan satu sistem tarbiah (pendidikan) yang menekankan prinsip iman, ihsan dan taqwa. Ihsan dan taqwa membawa maksud, walaupun kita tidak melihat Allah secara fizikal, tetapi kita dapat merasakan dalam jiwa bahawa Allah sentiasa melihat kita dan mengetahui apa sahaja yang kita lakukan. Sifat ini, andainya diterapkan/ditanamk an ke dalam jiwa akan membentuk jiwa yang lebih tawaduk (rendah diri atau tahu diri) dan sentiasa mengingati serta menggeruni kehebatan dan kebesaran Allah, sekaligus dapat menghindarkan diri daripada sifat takbur.

Sifat tawaduk dan syukur membawa keberkatan, kemajuan dan kemuliaan. Manakala sifat takbur, sombong dan kufur membawa kehancuran diri, ahli keluarga, masyarakat dan umat seluruhnya.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,

Selain daripada saranan yang diutarakan oleh Imam Al-Ghazali itu, maka mimbar ini ingin memberi beberapa tambahan atau tips, bagaimana hendak mengatasi sifat takbur yang kadang-kadang menyerang diri kita secara tiba-tiba.

Apabila sifat tersebut timbul disudut hati kecil kita yang berkaitan dengan keturunan, kecantikan, kekayaan, keilmuan, kuasa dan pengaruh. Maka, sedar dan ingatlah bahawa bukan kita sahaja secara mutlak yang mempunyai keturunan, kecantikan, kekayaan, ilmu, kuasa dan pengaruh. Malah masih ramai lagi individu atau kumpulan lain yang memiliki taraf yang sama dengan kita atau malah melebihi kita dalam banyak perkara.

Juga hendaklah disedari bahawa kecantikan, kekayaan, ilmu, kuasa dan pengaruh itu tidak akan kekal lama. Lambat laun ia menuju kemerosotan, hilang, hancur dan luput dari diri kita. Akhirnya, dimanakah ha\endak kita meletakkan diri dalam masyarakat apabila faktor-faktor itu telah hilang atau luput daripada kita, tidak mustahil kemungkinan kita akan dipinggirkan. Kerana itu, sama-samalah kita menghindarkan diri daripada sifat-sifat mazmumah; sifat takbur, sombong dan angkuh, disamping berusaha melatih diri, jiwa, hati dan akal menjadi orang yang bersifat tawaduk dan bersifat mulia. Mudah-mudahan kita selamat dan berbahagia di dunia dan akhirat.

========================

Assalamu'alaikum dearest,

Yeah, I don't quite got the mood to blog much today, but for reminders, anytime bebeh!! Insya Allah, mudahan ani menjadi iktibar dan peringatan buat diri ana first and foremost.

Dari Maawiyah r.a ,Dari Rasulullah s.a.w bersabda : Barang siapa yang dikehendaki Allah dengan kebaikkan dia diberi faham dalam agama, sesungguhnya aku hanya menyampaikan dan Allah yang memberi, dan selagi umat ini kekal berpegang kepada Allah selama itulah orang yang berlawanan (menentang) dengan mereka tidak akan dapat merosakkan mereka sehingga dikehendaki Allah.

It's a forwarded email and I just couldn't bear to keep it all to myself, in my inbox... rather, copy paste and voila!

Dari Abu Hurairah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Barangsiapa mengetahui sesuatu ilmu lalu dia menyembunyikannya, maka ia akan dikenakan Allah dengan kekang dari api neraka pada hari kiamat.

Semoga ia menjadi peringatan buat kita semua, dan semoga kita tidak tergolong dari orang-orang yang rugi. Sesungguhnya pintu taubat itu terbuka luas untuk kita, hanya menunggu masa kita untuk terbuka hati untuk kembali kepada-Nya (sebelum terlambat).

Dari Anas r.a , Rasulullah s.a.w bersabda : Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti mana ia kasih akan dirinya sendiri.

So, uhhibbukum fillah!!

Fi'amanilillah~

2 comments:

Mazidah Mohamad said...

salaam love, i agree...

makin we berilmu makin tunduk we sepatutnya..bukan makin tinggi...macam kata pepatah "Diam-diam ubi Berisi" or "Padi makin masak makin tunduk"...

ilmu yang tani ada ani sikit sangat dibandingkan dengan ilmu yang ada bertaburan di dunia ani...apa jua setakat PSR..sedangkan ada PMB, apa jua setakat PMB sedangkan ada O level, apa jua setakat O level sedangkan ada A Level, apa jua setakt A Level sedangkan ada First Degree, apa jua setakat First Degree sedangkan ada Masters Degree, apa jua setakat Masters Degree sedangkan ada PHD...apa jua setakat PHD sedangkan tani nda dapat mengetahui semua ilmu Allah...tani cuma dapat buat sikit part saja from our discipline...rugi saja tani takburkan ilmu sedangkan ilmu tani cuma secubit. lebih baik tani gunakkan masa takbur atu untuk menimba more ilmu...

being in this place full with "orang2 berilmu" selalu buat aku rasa damit sangat...malu rasanya mengakun tani berilmu sedangkan ramai g orang lain ada ilmu macam tani..i bet you feel the same way...i remembered dulu we chatted sal ramai orang dah bermaster and level tani ani macam nada udah masa ni...

mudahan we sentiasa akan berasa rendah diri walaupun setinggi mana gunung ilmu we climb...

.annisa. said...

Salaam g,

Masya Allah. I agree.

Ilmu yang tani ada sangat sangat sedikit jika dibandingkan dengan Ilmu Allah yang Maha Luas.

Even dulu zaman Abbasiyah, the Muslim scholars were the best of the best - not only they were knowledgeable in a lot of areas and specialists in a broader areas, but also, they were so rich with knowledge that untuk apply to be an IMAM at a masjid (at the time), the criteria needed included: Fasih in 4 different languages, Hafal kitab Al-Qur'an, Taurat dan Injil, and a few more (maybe the sisters can help me out on this one). It is said that with our qualification today, at that time, we wouldn't even be qualified to be a cleaner at that masjid. So masya Allah, can you imagine?

=) I pray that being around your work environment, may Allah bless you with your knowledge and mudahan berkatnya nanti mengajar arah ur students, insya Allah :D

All the best!