Monday, April 28, 2008

An Outcry for the Muslim Ummah.

How much longer can we wait?



katakan saja anda tidak cintakan Islam...

katakan saja anda tidak cintakan Rasulullah s.a.w...

katakan saja.. kalimah tauhid yang anda ungkapkan sebanyak 17 kali tatkala menghadap Rabbul Izzati tidak memberi sebarang makna dalam hidup anda...

katakan saja... anda lebih senang duduk di sofa empuk, berdepanan dengan TV 'flat-screen' anda sambil menonton rancangan yang melalaikan di kaca tv (bahkan tidak menambahkan iman walau sedikitpun) sambil fikiran memikirkan tentang plan-plan untuk esok hari...

katakan saja... anda tidak mengaku saudara seislam yang tidak tinggal di bumi yang anda pijak yang menyebabkan anda 'leka' dan tidak peduli tentang perkara yang menimpa mereka di sana...

katakan saja... anda lebih rela kehilangan Islam demi untuk mengekalkan tradisi, lebih rela menjual maruah Islam demi kepentingan duniawi, lebih rela menutup sifat-sifat kejahilan dengan nama seorang 'muslim'...

katakan saja... anda lebih rela mengatur kehidupan anak-anak anda untuk mencapai akademik yang berpaling jauh dari mendalami pengetahuan tentang Islam...

katakan saja... anda lebih rela menghabiskan wang ringgit untuk menghantar anak-anak menghadiri 'extra class' atau 'tuition' sedangkan untuk menghadiri kelas mengaji al-Qur'an dilengah-lengahkan (bahkan tidak diambil kira), sedangkan untuk menghadiri kuliah-kuliah agam disoal siasat akan 'kebenaran' yang disampaikan, sedangkan untuk menginfakkan harta dan pengorbanan masa untuk berjihad di jalan Allah disekat dengan alasan bahawa mereka belum cukup 'iman' untuk berdakwah, belum cukup 'ilmu' untuk mengajar orang lain, belum cukup 'baik' untuk menjadi contoh kepada orang lain...

katakan saja... anda tidak cintakan Islam dan tidak cintakan Rasulullah s.a.w. dan tidak rindukan kegemilangan yang pernah kita kecapi di suatu masa dahulu dan tidak impikan kesatuan UMMAH dan tidak inginkan KEBEBASAN hak manusia untuk saudara seislam kita di seluruh dunia...

Bangunlah wahai saudaraku, sedarlah wahai saudaraku... di masa kamu sibuk memikirkan tentang apa yang perlu di buat untuk esok hari, saudara islam kita di palestin sedang berijtihad untuk menghadapi cuaca malam yang mendinginkan tanpa bekalan elektrik dan penghawa panas, tanpa bekalan makanan yang cukup dan perubatan yang diperlukan, tanpa pertolongan orang lain kecuali Allah...

sedarlah wahai saudaraku, tatkala kamu sibuk bersuka ria dengan ragam hidup ala barat yang memesongkan, yang melalaikan, yang membawa kepada kekosongan jiwa dan menjauhkan diri dari Allah s.w.t, saudara islam kita yang lain sedang berlumuran airmata dan darah demi untuk memperjuangkan keamanan tanah air yang di serang oleh zionis tanpa belas kasihan...

sedarlah wahai saudaraku, bukalah mata hatimu, kembali kepada Allah, kembali kepada Al-Qur'an... kerana kita semua akan dipersoal di hadapan Yang Maha Adil tentang apa yang telah kita lakukan demi membela nasib umat islam seagama.

APA JAWAPAN KITA NANTI?

  • saya terlalu sibuk dengan kerjaya?
  • saya telalu sibuk dengan hal-hal rumahtangga?
  • saya terlalu sibuk membuat revision untuk peperiksaan?
  • saya terlalu sibuk dan tiada masa untuk memikirkan hal-hal orang lain?
  • saya terlalu sibuk dengan urusan duniawi?
  • saya tidak tahu apa yang berlaku di bumi palestin?
  • saya kurang pengetahuan tentang sejarah Islam?
dan bemacam alasan lagi!

sesungguhnya Iblis dan syaitan tidak pernah lalai dan leka dan 'terlalu' sibuk untuk memesongkan kita, untuk melalaikan kita, untuk menjauhkan kita dari menanamkan kecintaan kepada kalimah tauhid, kepada Islam... mereka tidak punya alasan untuk berusaha bermati-matian untuk menyesatkan anak cucu nabi Adam sehingga hari kiamat... inikan kita?

luangkan masa selepas setiap solat kita untuk bermunajat kepada Allah s.w.t. untuk menyatukan hati umat Islam di seluruh dunia agar kita dapat bangkit semula menentang kekejaman yang telah lama berlarutan... semoga impian membina empayar KHALIFAH akan menjadi kenyataan!

Hizb ut-Tahrir!


TAKBEER!!!

Tiada penakluk yang berkuasa melainkan Allah!

No comments: