Tuesday, February 27, 2007

*Inikah jejaka kacak yang perlu ku cari??*
---loosely translated "Is this the handsome guy that I should be looking for?"

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat
yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi,
bukan malaikat dan sebagainya".

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah
pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.

Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa Apabila seseorang itu meninggal
dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang
yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara
dadanya dan kain kafan itu.

Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga
dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat Munkar
dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat
membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa
sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata:

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau
dalam keadaan apa sekalipun.

Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga
aku membawanya masuk kesyurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan
suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat."

"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkardan Nakir ini,
engkau tidak akan berasa dukacita lagi"

Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya
satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat
dari syurga.

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita.

Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya
sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah
orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri.

Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak
akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh
sesaat.

Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita
jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan
janji Allah itu adalah benar.

Allahu 'Alam...

No comments: