Thursday, April 24, 2008

sepintas lalu.

"Ya Allah, letakkanlah dunia di tanganku, bukan dihatiku...."

**gambar diambil di Masjid Serusop, Brunei, dengan tafsir "pink" kepunyaan saya


Memandu dengan kelajuan 80km sejam. Angin di luar sungguh seakan-akan mengkhabarkan suasana ketenangan melihat keindahan alam. Sedar tak sedar, di depan mata terpacak sinaran pelangi yang sudah lama tidak kelihatan. Bibir tetiba meluahkan "Subahanallah, cantiknya pelangi".

Oleh kerana saya memandu seorang diri, so tidak ada kesempatan untuk mengeluarkan dan menangkap gambar pelangi itu dengan camera sony yang selalu memenuhi beg tangan yang memang dah 'besar', cantik sungguh pelangi tu, hati saya berkata. Fikiran saya beralih kepada keindahan semulajadi yang kekadang kita 'ter'lupa pandang, lantas kita 'ter'lupa mensyukuri segala nikmat Allah yang tidak tersebut banyaknya. Hati saya mengeluh sendirian.

Fikiran saya beralih lagi kepada keadaan diri saya sekarang, macam-macam yang saya sedang fikirkan. Mungkin agak sukar untuk dipercayai jika saya katakan yang saya tidak se-"free" yang orang lain sangka. Walaupun saya belum lagi menjawat sesuatu jawatan di mana-mana jabatan, dalam ertikata yang lain, saya masih lagi "menganggur" selepas graduation disember lepas, tetapi perlukah saya menekankan bahawa masa-masa yang saya ada tidak saya habiskan dengan aktiviti-aktiviti 'biasa' yang dilakukan oleh orang-orang yang 'sejawatan' dengan saya. Mungkin agar sukar untuk menerimanya kerana mungkin apa yang saya lewati sekarang bukannya sesuatu yang 'selalu' berlaku di kalangan graduan lepasan universiti. Untuk itu, saya lebih suka menyatakan bahawa saya memang 'tidak' ada masa "free" sebanyak yang sepatutnya "penganggur" seperti saya ada... kerana, saya lebih melibatkan diri ini kepada aktiviti tarbiyah diri iaitu dengan menghadiri kuliah-kuliah ilmu yang diadakan oleh teman seperjuangan, di samping menghadiri usrah yang dikendalikan oleh akhowat-akhowat terdekat, yang mengelarkan diri mereka sebagai ahli Halaqah Muslimah.

Ya, besar kemungkinan anda (termasuk ahli keluarga) tidak akan nampak saya sepanjang hari Jumaat kerana saya akan berpergian seharian untuk menghadiri perkara-perkara yang disebutkan di atas. Mungkin hujung minggu akan dipenuhi dengan perbincangan tentang apa saja yang berkaitan dengan ilmu agama. Bahkan, jika dikehendaki, pada hari-hari biasa pun saya akan berpergian demi untuk mencapai satu tujuan - "...sampaikan walaupun satu ayat..."

Tetapi itu tidak bermakna saya telah membuang masa dengan benda-benda yang tidak berfaedah kerana disepanjang pengorbanan dan perjuangan saya di jalan yang tidak pernah saya sangka akan berada sekarang ini, ternyata kepuasan yang saya rasai telah cukup memadai, bahkan kekadang Allah bukakan lagi jalan-jalan yang membuatkan saya senang untuk mencapai tujuan saya... mungkin inilah yang dikatakan rezeki datangnya dari Allah s.w.t. Alhamdulillah.

Tidak cukup dengan itu, hari-hari saya dilalui dengan tilawah ayat-ayat suci, pembacaan buku-buku yang berkaitan dengan agama, serta perbincangan dengan akhowat-akhowat yang lain serasa bagaikan suatu kepuasan yang tidak memerlukan "wang ringgit" untuk membayar masa-masa yang dipenuhi dengan pembelajaran. Masya Allah, malahan kegembiraan yang saya rasai tidak pernah saya alami sebelum ini. Adakah ini namanya "bertemu kerana Allah, berkumpul kerana mengasihi-Nya dan berjanji setia untuk meyokong syariat-Nya"? Sungguh tidak dapat digambarkan perasaan yang menyelubungi hati ini. Subahanallah.

Mungkin inilah yang dikatakan "jawatan sepenuh masa" sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Jawatan yang tidak memerlukan bayaran wang ringgit tetapi kepuasan dan peningkatan kefahaman tentang ad-deen yang unggul. Jawatan yang tidak memberi banyak "free time" bahkan masa dipenuhi dengan kuliah-kuliah ilmu, yang mana antara "Job Description"nya termasuk lah mempunyai sikap penyabar di kala ujian melanda, keteguhan iman di kala diri rasa dipinggir, keindahan tawwakal dan redha di kala sesuatu musibah yang menimpa, serta pengorbanan yang tidak akan putus dalam menegakkan pemahaman kalimah tauhid "Laa illahaillallah, Muhammadur rasullullah".

Memang difahami bahawa pengorbanan berjalan seiringan dengan pemahaman tentang amanah yang dipikul, tetapi dengan persahabatan yang diikat dengan kecintaan kepada Allah, akhowat-akhowat memainkan peranan untuk sama-sama memikul kepayahan dan kesusahan yang dihadapi, dengan keindahan tawwakal dan limpahan iman dan keyakinan, sama-sama bersatu untuk berjuang di jalan Allah... ini adalah salah satu dari "silent agreement" yang difahami oleh mereka-mereka yang sudah "faham" akan tanggungjawab yang dipikul.

Ya, mungkin ada hikmahnya Allah belum datangkan rezeki untuk saya menjawat "part-time professional job" dalam bidang khusus saya, iaitu supaya saya kena tingkatkan lag pemahaman saya tentang ad-deen yang sebenar, tentang ilmu agama yang unggul dan untuk saya memikul tanggungjawab dan amanah sebagai "full-time" khalifah (da'ie) di muka bumi Allah ini.

Ya, mungkin saya belum lagi diuji dengan ujian yang lebih berat dengan tanggungjawab seperti seorang yang bekerja "part-time", atau yang sudah berumahtangga, atau yang sudah berkeluarga atau yang memerlukan pembahagian masa yang begitu efektif untuk memikul jawatan sebagai "pendakwah", tetapi setiap orang diuji sesuai dengan apa yang mampu dia tanggung. Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Baqarah, ayat 286, yang bermaksud:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."

Ya, ini semua adalah ketentuan Allah s.w.t., Dia yang Maha Mengatur. Saya redha. Takdir telah menemukan saya dengan akhowat dan ikhwan serta guru-guru yang telah lama berkecimpung di dunia dakwah. Dan insya Allah, semoga Allah akan menyatukan hati-hati kami semua untuk menegakkan syariat Islam yang sebenar...

Perjuangan ini memang memerlukan pengorbanan dari kita semua.... dan ini adalah coretan hati dari kacamata kehidupan seorang muslimah yang ingin bergelar mujahidah Islam.

Sedar tak sedar, perjalanan yang memakan masa selama 30 minit itu telah pun tamat, saya tiba di kawasan letak kereta rumah dan dengan kalimah "Alhamdulillah", saya tutup enjin kereta.


Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

فَلْيَتَّقُوا اللَّهَ وَلْيَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا

“Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan qawlan sadid. (Surah an-Nisa’ [4]:9)”


Ucapkanlah “qoulan syadida”. Begitulah perintah ALLAH SWT. Perintah yang membuatkan saya, sungguh pun tersangat sibuk menjayakan tugas dan amanah sebagai seorang profesional, namun harus mencoretkan sesuatu sebagai teguran sekaligus tazkirah buat mujahidah da’wah, agar sikap dan mind-set (fikrah) tidak menyimpang daripada sikap dan fikrah sebenar seorang mujahidah da’wah.


Sangat aneh tatkala student universiti sudah pandai memberikan alasan “sibuk” untuk alpa dan tidak bersungguh dalam da’wah. Apakah mereka menyangka bahawa bila tiba di alam kerjaya, kesibukan itu akan hilang? Adakah mereka menyangka betapa mujahid-mujahid da’wah yang telah menginfakkan dirinya, keluarganya, hartanya dan seluruh hidupnya di jalan ALLAH, adalah bukan student atau pekerja seperti mereka, sehinggakan mereka tidak pernah disibukkan dengan urusan pembelajaran atau pekerjaan?


Katakan saja anda tidak cintakan Islam, kerana jika benar anda cintakan Islam, mana mungkin semudah dan semurah itu alasan akan anda berikan. Janganlah anda menghina para mujahid da’wah, seakan-akan mereka ini tidak pernah sibuk hinggakan sentiasa mempunyai masa untuk diberikannya pada jalan ALLAH.


Janganlah anda menghina Abu Bakar as-Siddiq R.A, Umar al-Khattab R.A, dan sahabat-sahabat lain R.A, para tabi’in, tabi’it tabi’in, Hassan al-Banna, Yusuf al-Qaradhawi, dan lain-lain, yang hidup mereka full time sebagai pendakwah, sedang part time mereka sebagai Cikgu, atau peniaga, atau engineer dan sebagainya, dengan menganggap mereka-mereka ini tidak pernah bertembung dengan kesibukan duniawi. Mereka juga sibuk, tapi cinta mereka pada ALLAH, Rasul dan Islam mengatasi kesibukan duniawi mereka.


(dipetik dari faridul.blogspot.com dengan edit)

p.s.: saya budak baru belajar!! (iyo ko?) =)))

2 comments:

Nurul said...

Neez, where did you get the tafsir?

.annisa. said...

I got it from Bismi, sweetie =)