Tuesday, April 22, 2008

Penyakit Wahan.

From Tsauban r.a.; Rasulullah s.a.w. said: "The nations will soon crowd against you like the gluttons crowd around their dish..."
One asked: "Is it because we will be few in number at that time?"
Rasulullah s.a.w. replied, "No, at that time you will be many but you will be (like) scum as the scum of the flood... and Allah will remove the awe of you from the hearts of your enemies, and Allah will throw Wahn into your hearts"
Another asked: "What is Wahn, O Messenger of Allah?"
The Prophet s.a.w replied, "The love of this life and the hatred of death"

Daripada Tsauban r.a. berkata:
Rasulullah s.a.w. bersabda; "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-­orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".
Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?"
Nabi saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'".
S
eorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?"
Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

H.R. Abu Daud



Keterangan

Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.


Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan 'ttakut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta di jalan Allah s.w.t. Manakala “takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah s.w.t.


Kita berdoa agar Allah s.w.t. menurunkan mushrahNya kepada kaurn muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.



source: here.

No comments: