
"Nothing in life happens through pure coincedences. Everything has been predetermined by Allah. Therefore Allah knows best." (taken from Ness's Sunshine after the storm post)
Funny this.
Well. Not in a way funny that makes you go ha-ha, but more towards that makes you go, Allah knows best.
You see, this morning I was watching bits of dakwah from Ustaz Akil Hayy Rawa from youtube, and the one bit that I remembered most is the story he told about Fatimah r.a. and I'm going to re-interpret the story as how I remember it.
Tersebut lah kisah, Fatimah r.a. (anak perempuan Rasulullah s.a.w. dan isteri kepada Ali r.a.) sedang sarat mengandung, so she teringin kan makan buah epal hijau. So, out is the loving husband to buy the epal. When Ali r.a. was on his way back, he met with seorang miskin. Berkata lah si miskin itu "Wahai hamba Allah, berikan aku sedikit makanan, kerana aku sangat miskin, tak ada keluarga tak ada isteri tak ada anak...", so Ali r.a. pun membelah epal sebiji itu menjadi dua dan memberi separuh kepada si miskin.
Lepas itu, Ali pun berjalan pulang ke rumah. Sebelum sampai ke pintu rumah, seorang lagi hamba Allah datang kepada Ali sambil berkata, "wahai hamba Allah, ana sungguh lapar.. berikan lah hamba sedikit makanan..." so Ali pun berkata, "buah epal ini adalah untuk isteriku yang sedang mengidam..." dan hamba Allah itu pun berkata, "isterimu mengandung, tapi aku sangat lapar dah berapa hari tak makan...". Mau tak mau, oleh kerana Ali r.a. terkenal dengan sifat pemurah, diberikannya lah separuh epal hijau yang tinggal itu.
Sesampai di rumah, Fatimah r.a. berkata, "Sayang, mana buah epal?", Ali pun menjawab, "Maaflah sayang, tadi dah beli sebiji, tapi terserempak dengan seorang miskin, lalu ku berikan separuh dari buah itu kepadanya. Dan kemudian, terjumpa lagi dengan seorang yang tersangat lapar, lalu ku berikan separuh lagi buah epal yang tinggal itu".
Fatimah r.a. tersenyum sambil berkata, "tak apa lah sayang. Tengok ni", dia kata sambil menunjukkan sebuah bakul yang berisi 9 biji epal hijau... Ali r.a. bertanya dari mana isterinya dapat buah itu, lalu Fatimah r.a. menjawab, "ada orang sedekahkan tadi kepada saya".
Lalu Ali r.a. berkata, "mana lagi sebiji?" dan Fatimah r.a. menjawab, "saya dah makan sebiji tadi"
NOW, this is the point you should be asking. Macam mana Ali r.a. buleh tahu there's TEN green apples instead? Sedangkan Fatimah r.a. tidak membagitahu yang dia menerima 10 biji epal, kerana yang ditunjukkan hanyalah 9 biji epal.
Explanation:
Kerana Ali r.a. begitu berkeyakinan penuh dan percaya bahawa orang yang membuat satu perkara walaupun yang paling kecil kebaikannya, Allah pasti akan balas dengan sepuluh kebaikan yang lain... dengan syarat ketika kita membuat sesuatu kebaikan itu, hati kita kena berkeyakinan penuh dan ikhlas hanya kerana Allah s.w.t.
Masya Allah. :)
So moral of the story es...
Speaking of sedekah, I received an email from A's sister who is currently studying in London, and it is about menderma untuk membina sebuah Masjid Canterbury di Kent. Apparently, after 10 years of waiting for approval to mendirikan sebuah masjid untuk saudara saudara Islam kita di Kent, akhirnya Canterbury Muslim Cultural Centre (CMCC), Kent mendapat approval untuk mendirikan sebuah masjid di Canterbury. Alhamdulillah. Now, CMCC is pleading for derma as they need to raise another 50k pounds in the next two months.
So, there I was forwarding the emails to my adik-adik in Leeds and also through MCL-network (Malaysian Students Community Leeds), insya Allah berkat usaha dan juga niat yang ikhlas, mudahan tani sama2 dapat beramal dan bersedekah kerana Allah s.w.t.
Semoga menjadi iktibar untuk saya dan kita semua, insya Allah.
Terangi jalan hidupku dengan cahaya kasihMu,
pimpinlah daku dengan hidayahMu,
Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran,
Suburkan jiwaku dengan keimanan,
hanya padaMu oh Tuhan,
kusandarkan harapan...
No comments:
Post a Comment