Salaam everyone,
I'm sure most of you have received the following information mostly via email.
But it doesn't hurt to have a quick looksie..
Kenapa Allah jadikan Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam, bukan dari bahagian lain. Ada hikmahnya.
Tulang rusuk tu dekat dengan hati, menunjukkan kaum hawa dicipta untuk dikasihi oleh kaum adam.
Tulang rusuk tu dekat dengan ketiak menunjukkan kaum hawa dijadikan untuk dilindung oleh kaum adam.
Allah tak menjadi kan kaum hawa dari bahagian kepala untuk menandingi/melebihi kaum adam, dan juga bukan dari bahagian kaki untuk dipijak-pijak oleh kaum adam.
Beza Lelaki & Wanita
:: Lelaki ::
- Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
- Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?
- Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
- Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.
:: Wanita ::
- Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
- Saksinya kurang berbanding lelaki.
- Menerima pusaka kurang dari lelaki.
- Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
- Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
- Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
- Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala, seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (masya Allah)
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH…sayangnya ALLAH pada wanita ….
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki…kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin…maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya…supaya kelak masing-masing lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.
********
grab the chance untuk jadi ahli syurga ya Muslimah (insya Allah), Alhamdulillah, Allah jadikan tani seorang wanita muslimah, Alhamdulillah indeed :)
Because of this, and because I am a girl, because I am a muslimah...
pasal rasa terlalu sayang arah babahku, dan pasal terlalu sayang kepada bakal suamiku (whoever he might be, insya Allah), dan pasal kasih seorang adik & kakak kepada abang dan adi-adiku, makanya, sebagai seorang wanita muslimah, I am trying my best to minimize berbuat dosa in terms of pemakaian seharian, memperbaiki akhlakku sebagai seorang muslimah, meningkatkan dan meluaskan lagi pengetahuanku dalam bidang ugama dan pemahamanku dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan Islam, penjagaan auratku yang memang sudah sangat susah untuk dijaga, even though it seems to be something that is hard to be done, but I will keep reminding myself that:
Firman Allah s.w.t.:
"Dan jika kamu mengikut sebahagian besar manusia (majoriti) di atas muka bumi ini nescaya kamu akan disesatkan dari jalan Allah
(Surah Al-An'aam, 6:116)
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Islam itu bermula dengan keadaan dagang (asing) dan akan berakhir dalam keadaan dagang, Maka beruntunglah orang yang dagang, yang menghidupkan sunnahku ketika orang merosakkannya"
Insya Allah, Allah knows best. Yang penting, mudahan beroleh keredhaan Allah s.w.t. dan mendapat berkat dalam apa jua perkara yang dilakukan demi untuk mendapat keampunan dari-Nya jua, Amin.
Whatever it is, apa pun jua dugaan yang datang, Allah knows, Dia Maha Mengetahui. Mudahan Allah tingkatkan lagi tahap kesabaranku, insya Allah.
Abu Hurairah (radiAllahu ‘anhu) was asked about taqwa. He said, “It is a road full of thorns. One who walks it needs to have extreme patience.”
There is nothing more conducive to concentration of the heart on God than silence and fasting, just as there is nothing more conducive to scattering than too much food and too many words, even about what concerns us. [Letters of Sheikh al Darqawi]
leave me be
so that I can alone
alone so that I can concentrate on worshiping my Lord
When it all feels less important,
leave me be
I won't mind being alone
because I know, with remembrance of Allah, my heart does find rest...
When it all feels so strange,
leave me be
I won't mind being the odd one out
because I know the road to purification is a hill I have to climb
struggling and crawling if I must
as long as I reach the top, insya Allah
to attain Allah's pleasure.
-NAHS [20th September 2007]
ps: Happy Birthday to Izzah and Mas~ Semoga sentiasa dalam perlindungan Allah dan semoga Allah menetapkan dan meningkatkan keimanan dan memberkati kehidupan di dunia dan di akhirat, insya Allah.. Amin..
No comments:
Post a Comment