Monday, April 07, 2008

Mabruukum 'alaa miilaadika...




By the permission of the Royal Decree of the House of Halaqah Muslimah, I hereby announced the celebration of the birth of:

DAYANGKU HANISAH LIA BINTI PENGIRAN HAJI MOHD. SALLEH

which falls on 7th of April

go, wish her birthday.

Akhwat Sejati…
Bukan dilihat dari kecantikan parasnya…
Tetapi dari
kecantikan hati yang ada dibaliknya…

Akhwat Sejati…
Bukan dilihat dari bentuk tubuh yang mempesona…
Tetapi dari sejauh mana dia
berhasil menutup tubuhnya

Akhwat Sejati…
Bukan dilihat dari begitu banyaknya dia melakukan kebaikan…
Tetapi dari
keikhlasannya memberikan kebaikan itu…

Akhwat Sejati…
Bukan dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya…
Tetapi dari apa yang sering mulutnya
bicarakan

Akhwat Sejati…
Bukan dilihat dari keahliannya berbicara…
Tetapi dari bagaimana
caranya berbicara….

Akhwat Sejati…
Bukan dilihat dari keberaniannya berpakaian…
Tetapi dari sejauh mana dia
mempertahankan kehormatannya

Akhwat Sejati…
Bukan dilihat dari kekhawatirannya digoda orang dijalan…
Tetapi dari
kekhawatiran dirinya yang membuat orang tergoda

Akhwat Sejati…
Bukan dilihat dari seberapa banyak dan besar ujian yang dijalani…
Tetapi dari sejauh mana dia
menghadapi ujian dengan kesabaran

Akhwat Sejati…
Bukan dilihat dari sifat supelnya bergaul…
Tetapi dari sejauh mana dia
menjaga kehormatannya dalam bergaul
[source: here]


Ya Allah, di dalam doaku, ku temukan munajat kepadaMu untuk mengekalkan tali persahabatan kami yang disinari dengan cahaya cinta kepadaMu, bertemu untuk mencurahkan cinta kami kepadaMu, bersatu dalam menempuh cabaran dan dugaan dalam menegakkan syariatMu, berjanji setia untuk taat kepadaMu, kuatkanlah ikatannya Ya Allah Ya Ghaffur.

Berikanlah ketenangan jiwa kepada dirinya dalam mengingatiMu,

kokohkanlah keimanan yang ada di jiwanya dalam mentaati perintahMu,

kuatkanlah tahap ketaqwaannya dalam membuat kebajikan dengan ikhlas keranaMu,

tingkatkanlah kesabarannya dalam menempuh ujian dariMu,

tunjukilah dia jalan yang Engkau redhai,

sinari hatinya dengan zikrullah,

penuhi lisannya dengan ilmu yang bermanfaat,

berkati masanya dalam beribadah kepadaMu demi untuk mendapatkan redha dan cintaMu,

tetapkan pendiriannya dalam berjuang untuk AgamaMu,

limpahkan rezeki yang halal kepadanya,

percantikkan lagi akhlak dan peribadinya sebagai seorang wanita muslimah yang sejati,


temukan dia dengan jodoh yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh yang dapat membimbing dia dalam menempuh bahtera kebahagiaan menuju mahligai yang Engkau redhai dan berkati, demi mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat (woot woot! hint: hafalkan surah Ar-Rahman)


jauhilah dia dari penyakit hati yang merosakkan dan lindungi dia dari terjebak kepada hasutan dan bisikan syaitan,

letakkanlah dunia di tangannya dan bukan dihatinya,

terimalah taubatnya kerana sesungguhnya Engkau lah Penerima Taubat hambaMu,

ringankan siksa kubur untuknya kelak,

bangkitkan dia bersama-sama dengan hamba-hambaMu yang soleh, seperti para tabi'in dan syuhada,

semoga kelak, kami akan dapat bersatu dan bertemu semula di bawah ArasyMu.

Engkau lah sebaik-bail pengabul doa, Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui...

Tiada Tuhan selain Engkau, Ya Allah

Perkenankanlah doa ku dengan limpah rahmat KurniaMu

Selawat serta salam dan kerinduan kami selalu tercurahkan kepada junjungan kami Muhammad Sallallahu Alaihiwassalam, serta kaum kerabat baginda, sahabat-sahabati baginda dan pengikut baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman~

Ameen Ya Allah.


No comments: