Monday, May 12, 2008

"Harta Rampasan Perang" - Part I

....dari bumi Indonesia.


Suasana rumah di sekitar Bandung...

Assalamu'alaikum wahai sekalian yang terbaca blog ana,

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dilafazkan untuk Allah Yang Maha Mengetahui. Ana dalam keadaan sihat walafiat, jasmani dan rohani, insya Allah. Keberadaan sekembali dari Indonesia telah dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti biasa sebelum peninggalan ke 'medan perang'. Wakil mujahidah dari Brunei selamat sampai di tanahair pada malam hari Rabu, 7hb Mei yang mana dengan pelukan dan ciuman kasih ukhuwwah, kita berpisah menuju ke kenderaan masing-masing.

Ana terus di bawa ke restoran di salah sebuah hotel untuk meraikan hari lahir kakak ipar ana. Walaupun keletihan dan rasa mengantuk yang amat sangat, tetapi oleh kerana kerinduan untuk melihat anak-anak buah yang comel, ana turutkan juga. Keletihan yang dialami ditangguhkan seketika demi untuk keluarga tercinta.

Sepulang dari sana, ana terus rehatkan badan. Allah beri ana 'cuti' sekejap, hikmah mungkin untuk ana merehatkan badan yang letih :) Hari Jumaat diisi dengan menghadiri aktiviti mingguan kita, sambil berkongsi pengalaman yang diperolehi semasa di Indonesia. Alhamdulillah untuk semuanya. Hari Sabtu, ana isi dengan meluangkan masa khas untuk ayahanda dan bonda tercinta dan Hari Minggu, ana hadiri kuliah ilmu pagi, diikuti dengan majlis doa kesyukuran dan perkumpulan keluarga di rumah nenek dan disambung dengan mengadakan usrah online dengan adek-adek yang berada di Leeds, UK. Alhamdulillah untuk semuanya...

Indonesia...

satu negera yang ana tidak terfikir akan berpeluang untuk menjejakkan kaki ke sana dalam masa yang terdekat. Sungguh, Allah maha Mengatur, Alhamdulillah. Perjalanan yang dimulakan dengan mengambil penerbangan dari Brunei ke KL memberi kita peluang untuk bermalam di sebuah tempat khas untuk ukhti yang berada di Kajang. Walaupun pada malam ketibaan kami, Allah berikan kami satu ujian yang mana tayar kereta yang kami naiki telah pancit, memang ada hikmahnya. Sebelum berangkat lagi, ana sudah pasang niat di hati bahawa ana lakukan ini semua ikhlas kerana Allah, dan ana bermohon kepadaNya untuk menguatkan hati dan iman ana dalam menempuh apa jua jenis cabaran, dugaan dan ujian yang bakal ana tempuhi disepanjang perjalanan ini. Jam menunjukkan pukul 12.30 pagi :) Dengan ketidak-biasaan ana seumur hidup menukar tayar kereta yang pancit, dengan izin Allah di bumi Malaysia, ana diberi peluang untuk merasai pengalaman itu. Alhamdulillah, masih ada yang mahu untuk menolong hijabi-hijabi yang berkerjasama untuk melakukan 'kerja lelaki' :) Alhamdulillah, Allah telah takdirkan abang itu untuk lalu di kawasan tempat kita berhenti, dan Allah telah bukakan hatinya untuk menolong kita pada malam tu...

Sesampai di tempat penginapan, kesederhanaan tempat itu sungguh membawa kesedaran ke atas diri ana secara peribadi kerana rumah itu tidak dipenuhi dan dihiasi dengan perabot, malah hanya yang basic saja yang ada. Itu sudah mencukupi. Alhamdulillah. Duduk bersimpuh di lantai, kita ta'aruf dengan penghuni rumah tu selama dua jam, menceritakan kisah pengalaman hidup dan pengajaran yang dapat dikongsikan dengan adek-adek :) sebelum masuk tidur, sempat juga solat Isya'. Dan beberapa jam kemudian, kita dikejutkan untuk solat Subuh :) walaupun mata tersangat ingin untuk direhatkan, tapi mungkin ini adalah satu latihan untuk menyiapkan diri dengan apa yang akan berlaku setiba di Indonesia nanti...

Pagi tu, kita diberitahu tentang plan yang telah disusun rapi untuk mengisi masa kita sehingga menunggu flight untuk ke Jakarta. Seharian penuh, kita melawat beberapa tempat dan berjumpa dengan mujahidah-mujahidah yang sedang giat menjalankan tanggungjawab mereka sebagai khalifah Allah di muka bumi. Rasa terharu, gembira, bersemangat dan kecintaan semua bercampur menjadi satu apabila berjumpa dengan srikandi-srikandi yang sememangnya sungguh berkilauan cantiknya mereka dengan tudung labuh, pakaian labuh dan pertuturan yang begitu beradab sebagai seorang muslimah :) Alhamdulillah kerana Allah beri kita rezeki untuk bertemu jodoh dengan hamba-hambaNya yang lain yang bersatu untuk menegakkan agamaNya yang benar. Ana genggam perasaan bersatu kerana Allah yang mereka hadirkan tatkala senyuman bertemu senyuman, dan pelukan dibalas dengan pelukan. Sungguh, ianya suatu perasaan yang agak sukar untuk dicoretkan di sini...

Selain itu, sempat juga ana 'mengorbankan' rambut untuk digunting demi untuk memenuhi 'syarat' bergunting rambut di tempat khas untuk muslimah :). Ada hikmah rupanya ana bergunting rambut kerana apabila berada di Jakarta, ana tidak perlu risau tentang mengikat rambut yang panjang kerana kepanasan persekitaran Jakarta :) (hehe)

Jam menunjukkan pukul 5 petang. Selepas makan petang di Secret Recipe, Batu Caves, ukhti yang membawa kita sedang menuju (dengan pantasnya) ke LCCT, di mana perjalanan memakan masa selama satu jam. Flight ke Jakarta pukul 7 malam. Untuk check-in, haruslah sejam sebelum berangkat. Sempat ker? Walaupun bergegas, tetapi Alhamdulillah, semuanya beres. Sesampai di terminal, Ness sibuk check-in, manakala ana sibuk mencari surau untuk solat jamak. Alhamdulillah, semuanya beres, walaupun rasa berebut sangat-sangat.

Dua jam selepas itu, kita tiba di Jakarta. Senyuman jelas terukir di bibir apabila kita turun dari pesawat. Tak sangka kita sampai ke sini. Kedatangan kita di sambut oleh tiga muslimah yang agak beda cara bertudung dengan orang local :) walaupun agak janggal untuk berbicara Indonesia, tapi itu dijadikan sebagai satu pengalaman baru buat ana :)

Kita di bawa ke kampus adek-adek iaitu Universitas Trisakti - Kampus Kedokteran. Berjumpa dengan yang lainnya di sana. Berehat untuk seketika sebelum memulakan perjalanan menuju ke destinasi - Bandung - menggunakan van. Perjalanan memakan masa selama dua jam lebih, dan setiba kita di hostel penginapan, terdorong rasa keletihan, ana memendamkan rasa untuk terlalu 'memilih' dan terlalu 'manja' dalam semuanya. Ana buang perasaan itu jauh-jauh, menyakinkan bahawa ini adalah satu pengalaman baru yang akan dapat membawa kesedaran kepada diri ana yang selama ni tidak selalu atau tidak pernah ditimpakan dengan kehidupan yang serba kurang. Mandi dengan air sejuk? Ana rasakan di Bandung. Mandi dengan menggunakan gayung yang diambil dari bekas menyimpan air? Ana alami di Bandung. Berada di dalam bilik yang tidak mempunyai plug untuk charge hp? Ana tempuhi di Bandung. Yang pasti, apa yang ana rasai di malam pertama, membuatkan ana sedar bahawa ini adalah salah satu cara Allah untuk menyedarkan ana untuk selalu lebih bersyukur atas semua kurnia dan nikmat yang Allah berikan kepada ana dan keluarga selama ini... timbul perasaan rendah diri yang mendidik diri ana supaya tidak terlalu taksub dengan kenikmatan dunia yang hanya bersifat sementara. Adek-adek (wakil dari Malaysia) sepertinya sudah terbiasa dengan keadaan itu, kerana mereka tidak mengungkapkan sepatah kata pun tentang kondisi tempat tinggal kita. Masya Allah, sungguh tanpa ana sedari, banyak pengalaman yang ana dapat pelajari selama berada di Bandung, serta dikelilingi oleh mujahidah-mujahidah Islam yang berakhlakkan wanita solehah. Hati ana memanjatkan syukur kepada Allah atas kesempatan untuk merasai kehidupan yang serba kekurangan...

Ana yakinkan hati bahawa.... Ini adalah satu permulaan dalam perjalanan seorang da'i demi untuk mengenal kesusahan dan kenikmatan memilih jalan menuju keredhaan Allah semata....

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesungguhnya menakjubkan urusan orang mukmin itu, semua urusannya adalah kebaikan, dan hal itu tidak mungkin terjadi kecuali pada seorang mukmin, jika ia mendapatkan kenikmatan ia bersyukur, maka itulah yang terbaik untuknya, dan jika ia tertimpa kesusahan ia bersabar, maka itulah yang terbaik untuknya

(Hadith riwayat Muslim)



Indahnya ciptaan Allah, "maka nikmat Tuhan-Mu yang manakah yang kamu dustakan?"
Surah Ar-Rahman, ayat 13 - pemandangan langit dan matahari dari pesawat. Subahanallah!



(to be continued, insya Allah)

p.s.: uhhibukum fillah, adek-adek ana yang berada di Malaysia dan Indonesia ;)

4 comments:

Anonymous said...

Salaam ukhti..misz u lots!!this entry is so touching..i feel u..huhu..nnt kita wat reunion..mayb kat bru ke..?ehehe

"Seorang Mukmin dengan Mukmin lainnya seperti satu bangunan yang tersusun rapi, sebagiannya menguatkan sebagian yang lain."
(HR Al-Bukhari)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
.annisa. said...

Salaam ukhti!!

Masya Allah. kena buat reunion gak! Miss everyone! Miss being around everyone!!

Semoga ukhuwwah ni sentiasa berdiri teguh dengan adanya kecintaan kerana Allah semata ;)

Nak share gambar nanti ek ;)

Ummu Ummati said...

Nadia, madu akak..nak tengok gambar jugak!!!