Showing posts with label Islamic articles. Show all posts
Showing posts with label Islamic articles. Show all posts

Tuesday, February 19, 2008

Muhasabah Diri.

SIFAT TAKBUR PENYAKIT JIWA MEMBINASA DIRI
OLEH: Majlis Agama Islam Negeri Kedah

SIDANG HADIRIN YANG DIRAHMATI ALLAH,
Bertaqwalah kepada Allah dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan menjauhkan segala larangan-Nya. Sifat takbur adalah merujuk atau sinonim kepada sifat-sifat sepertri sombong, angkuh, bermegah-megah, ego dan menganggap orang lain atau puak lain lebih rendah daripada dirinya atau puak/golongannya.

Sifat ini tergolong dalam kumpulan sifat-sifat keji (mazmumah) dan tidak disukai sama sekali oleh Allah S.W.T, sebagaimana peringatan Allah di dalam surah An-Nahl ayat 23:

Maksudnya:"Sebenarnya, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan. Sesungguhnya Dia (Allah) tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur itu".
Rasulullah S.A.W. pernah berkata kepada Abu Zar r.a.:"Wahai Abu Zar! Barangsiapa yang mati manakala di dalam hatinya ada sebesar debu daripada sifat-sifat takbur, maka dia tidak akan mencium bau syurga kecuali dia sempat bertaubat sebelum maut menjemputnya" .

SIDANG JEMAAH JUMAAT YANG MULIA,

Manusia yang berlagak takbur akan sentiasa dilaknat oleh Allah, kerana mereka menyaingi kebesaran dan keagungan Allah. Juga kerana mereka telah membesarkan diri mereka sendiri, bukan orang lain yang membesarkannya. Mereka seumpama iblis di mana pada mulanya merupakan makhluk yang sangat kuat beribadah, tetapi akibat buruk daripada sifat takburnya, maka dalam masa satu saat sahaja dia dilaknati oleh Allah S.W.T, hingga ke hari ini dan sampai kiamat.

Demikianlah juga segala niat dan perbuatan kita, andainya ditegakkan di atas dasar/sikap takbur, maka akan hancur lebur dan sia-sialah hidup serta amalan kita. Dengan kerana takbur itu hajatnya akan ditolak, puasanya sia-sia, sembahyangnya akan membawa kecelakaan. Salman Al-Farisi r.a. adalah antara seorang sahabat Rasulullah S.A.W, ketika ditanya: ‘Apakah perbuatan buruk yang menyebabkan semua kebaikan menjadi sia-sia? Beliau menjawab: Takbur.

Janganlah kita merasa membanggakan diri dengan ilmu yang banyak dan tinggi, sehingga menganggap orang lain semuanya bodoh dan jahil belaka. Takbur merupakan sifat Allah, kerana Allah tiada mempunyai saingan. Tiada sesiapa yang mampu mengatasi atau menandingi-Nya dalam kekuasaan dan kebijaksanaan Allah. Andainya, sifat berkenaan kita guna pakai, maka sudah tentulah kita sudah tersalah guna sifat kebesaran dan keagungan Allah S.W.T.

Mengenai hal ini Allah S.W.T berfirman:

Maksudnya:"Dan janganlah kamu memalingkan muka mu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada setiap orang yang sombong, takbur lagi membangga diri". (Surah Luqman ayat: 18).

Kesombongan bukan sahaja merugikan manusia, malah mengheretnya kepada kehinaan di akhirat kelak.
Haritsah bin Wahab r.a. berkata Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:"Mahukah kamu aku beritahu tentang ahli neraka? Iaitu setiap sifat keras hati, berjalan dengan angkuh dan sombong". (HR Muttafaqun 'alaih).

SIDANG JEMAAH JUMAAT YANG MULIA,

Di antara sifat tawaduk Rasulullah S.A.W. ialah apabila Baginda bertemu sesama Islam, Baginda yang terlebih dahulu memberi salam dan apabila berjabat salam tidak akan dilepaskan tangannya, kecuali orang itu yang melepaskannya dahulu.

Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali Rahimallahu 'anhu di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, menegaskan bahawa sifat takbur dan keangkuhan itulah yang telah menyebabkan Allah mengusir iblis keluar dari syurga kerana keengganannya untuk sujud kepada Nabi Adam a.s.

Kisah tersebut digambarkan dengan jelas di dalam surah Shad, ayat 71 hingga 85. Setelah Allah mencipta Adam lalu diperintahkan kepada semua malaikat agar sujud kepada Nabi Adam a.s., sebagai tanda penghormatan terhadap penciptaan dan kekuasaan Allah. Semua malaikat patuh kepada arahan tersebut kecuali iblis. Lalu iblis berkata, seperti yang tercatat dalam ayat 76, surah Shad yang bermaksud:

Maksudnya:"(Iblis berkata kepada Tuhan):'Aku lebih baik daripadanya (Adam), kerana Engkau ciptakan aku daripada api, sedangkan dia, Engkau ciptakan daripada tanah".

Iblis enggan sujud kepada Nabi Adam a.s., kerana meyakini bahawa martabatnya lebih tinggi daripada martabat Nabi Adam. Walaupun iblis sedar bahawa dia juga adalah ciptaan Allah Ta'ala, tetapi masih mahu bersikap sombong terhadap penciptaannya. Iblis yang sudah terusir itu, menambah lagi keangkuhannya dengan bersumpah bahawa dia akan menyesatkan keturunan Adam sehingga hari kiamat. begitulah sifat iblis, bukan hanya sekadar sombong, tetapi ditambah lagi dengan sifat dengki, khianat dan dendam kesumat yang tidak berkesudahan.

Imam Al-Ghazali rahimahullah Ta'ala, seterusnya menghuraikan bahawa sifat takbur terbahagi dua. Iaitu: Takbur bathin (yang tersirat dalam hati) dan kedua, takbur lahiriah (yang terserlah dalam bentuk perbuatan dan perkataan). Kadang-kadang dijelmakan menerusi bahasa badan, seperti melalui mimik muka, gerak mulut, gerak tangan atau kaki, gerak keseluruhan badan seperti lagak berjalan dan sebagainya.

SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,

Antara faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu bersifat takbur ialah faktor keturunan, kecantikan rupa paras, kekayaan harta, kelebihan ilmu, kesihatan, kekuatan, kuasa dan pengaruh serta usia muda.

Ciri-ciri sifat takbur pula, ditandai dengan beberapa ciri: Antara lain ialah suka dipuji, pantang dikritik, kagum dengan pandangan sendiri, suka meremehkan pandangan orang lain dan sukar untuk menerima nasihat atau tunjuk ajar daripada orang lain. Imam Al-Ghazali merumuskan, bahawa seburuk-buruk sifat takbur ialah orang yang tidak mahu mengambil sesuatu manfaat daripada sesuatu ilmu pengetahuan serta tidak mahu tunduk kepada kebenaran, walaupun kebenaran tersebut telah terbukti.

Segala sifat itu perlu dihindari, kerana ia bukan hanya boleh merosakkan keperibadian seorang individu, malah boleh meruntuhkan sebuah tamadun dan peradaban ummah. Apabila sifat angkuh dan sombong menguasai diri, akan hilanglah keseimbangan diri dan sikap rasional, maka tindakan mereka lebih menjurus ke arah mencapai kepuasan diri serta mengikut hawa nafsu masing-masing. Sekiranya sifat takbur berleluasa dan tidak dibendung, maka akan runtuhlah sebuah peradaban.

Justeru itulah, Ibnu Khaldun dalam karyanya 'Mukaddimah' menegaskan bahawa setelah beliau menganalisa sejarah kejatuhan dan kebangkitan satu-satu banga, beliau merumuskan bahawa keangkuhan, kesombongan, sifat suka bermegah-megah dan kerendahan akal budi adalah tanda-tanda kehancuran sesebuah tamadun.

Masyarakat yang bertamadun, berteknologi tinggi dan berakhlak mulia hanya akan terhasil dengan satu sistem tarbiah (pendidikan) yang menekankan prinsip iman, ihsan dan taqwa. Ihsan dan taqwa membawa maksud, walaupun kita tidak melihat Allah secara fizikal, tetapi kita dapat merasakan dalam jiwa bahawa Allah sentiasa melihat kita dan mengetahui apa sahaja yang kita lakukan. Sifat ini, andainya diterapkan/ditanamk an ke dalam jiwa akan membentuk jiwa yang lebih tawaduk (rendah diri atau tahu diri) dan sentiasa mengingati serta menggeruni kehebatan dan kebesaran Allah, sekaligus dapat menghindarkan diri daripada sifat takbur.

Sifat tawaduk dan syukur membawa keberkatan, kemajuan dan kemuliaan. Manakala sifat takbur, sombong dan kufur membawa kehancuran diri, ahli keluarga, masyarakat dan umat seluruhnya.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,

Selain daripada saranan yang diutarakan oleh Imam Al-Ghazali itu, maka mimbar ini ingin memberi beberapa tambahan atau tips, bagaimana hendak mengatasi sifat takbur yang kadang-kadang menyerang diri kita secara tiba-tiba.

Apabila sifat tersebut timbul disudut hati kecil kita yang berkaitan dengan keturunan, kecantikan, kekayaan, keilmuan, kuasa dan pengaruh. Maka, sedar dan ingatlah bahawa bukan kita sahaja secara mutlak yang mempunyai keturunan, kecantikan, kekayaan, ilmu, kuasa dan pengaruh. Malah masih ramai lagi individu atau kumpulan lain yang memiliki taraf yang sama dengan kita atau malah melebihi kita dalam banyak perkara.

Juga hendaklah disedari bahawa kecantikan, kekayaan, ilmu, kuasa dan pengaruh itu tidak akan kekal lama. Lambat laun ia menuju kemerosotan, hilang, hancur dan luput dari diri kita. Akhirnya, dimanakah ha\endak kita meletakkan diri dalam masyarakat apabila faktor-faktor itu telah hilang atau luput daripada kita, tidak mustahil kemungkinan kita akan dipinggirkan. Kerana itu, sama-samalah kita menghindarkan diri daripada sifat-sifat mazmumah; sifat takbur, sombong dan angkuh, disamping berusaha melatih diri, jiwa, hati dan akal menjadi orang yang bersifat tawaduk dan bersifat mulia. Mudah-mudahan kita selamat dan berbahagia di dunia dan akhirat.

========================

Assalamu'alaikum dearest,

Yeah, I don't quite got the mood to blog much today, but for reminders, anytime bebeh!! Insya Allah, mudahan ani menjadi iktibar dan peringatan buat diri ana first and foremost.

Dari Maawiyah r.a ,Dari Rasulullah s.a.w bersabda : Barang siapa yang dikehendaki Allah dengan kebaikkan dia diberi faham dalam agama, sesungguhnya aku hanya menyampaikan dan Allah yang memberi, dan selagi umat ini kekal berpegang kepada Allah selama itulah orang yang berlawanan (menentang) dengan mereka tidak akan dapat merosakkan mereka sehingga dikehendaki Allah.

It's a forwarded email and I just couldn't bear to keep it all to myself, in my inbox... rather, copy paste and voila!

Dari Abu Hurairah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Barangsiapa mengetahui sesuatu ilmu lalu dia menyembunyikannya, maka ia akan dikenakan Allah dengan kekang dari api neraka pada hari kiamat.

Semoga ia menjadi peringatan buat kita semua, dan semoga kita tidak tergolong dari orang-orang yang rugi. Sesungguhnya pintu taubat itu terbuka luas untuk kita, hanya menunggu masa kita untuk terbuka hati untuk kembali kepada-Nya (sebelum terlambat).

Dari Anas r.a , Rasulullah s.a.w bersabda : Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti mana ia kasih akan dirinya sendiri.

So, uhhibbukum fillah!!

Fi'amanilillah~

Tuesday, August 14, 2007

perbetulkan niat?

Salaam,

Jazakallah for your daily visits, all my silent readers.

I came across this website and so far, it's been very good and informative. Clickey here to find out more, insya Allah bertambah ilmu kefahaman tani tentang isu-isu kefahaman Islam.

Anyhoo, having an undoubtful interest to deepen my knowledge on *ehem* marriage, I came across this article. Enjoy.

Niat Sebelum Bernikah

Setiap pasangan yang akan berkahwin hendaklah memasang niat-niat yang baik, sesuai dengan tujuan-tujuan perkahwinan yang telah digariskan oleh Islam; antaranya:

1. Ingin meramaikan umat Islam.


Firman Allah s.w.t.bermaksud: "Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa) dan yang membiakkan dari kedua-duanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai." (an-Nisa': 1)


2. Membersihkan zuriat dalam keluarga Islam.


Firman-Nya yang bermaksud: "Dan Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis diri kamu sendiri, dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cicit, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik.Maka mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengikari nikmat Allah?" (an-Nahl: 72)


3. Menceriakan kehidupan umat.


Seperti maksud firman Allah s.w.t.: "Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. (ar-Rum: 21)


4. Membantu menyuburkan iman.


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain,mereka menyuruh membuat kebajikan dan melarang daripada berbuat kejahatan,dan mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat serta taat kepada Allah dan RasulNya, mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. (at-Taubah:71)


Tujuan-tujuan sebegini wajar diteliti oleh setiap orang yang hendak berkahwin agar perkahwinan itu dibina di atas landasan yang betul dan kuat serta dikaitkan dengan kepentingan agama. Namun demikian, ini tidak bermakna Islam menafikan kepentingan peribadi dalam setiap perkahwinan. Malah di atas kepentingan peribadi itulah dibina kepentingan Islam tadi, sesuai dengan maksud beberapa hadis berikut:

1. Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Kahwinilah perempuan yang keturunan anak ramai, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu kerana ramainya ummah." (Riwayat Abu Daud dan Nasa'i).

Untuk menambah bilangan umat Islam ke tahap yang membanggakan Rasulullah, mestilah dengan keinginan seks. Seorang yang berkahwin tanpa ada keinginan seks tidak akan menghasilkan zuriat, malah orang yang tidak bernafsu seks tidak dibenarkan berkahwin. Untuk mencapai kehendak Rasulullah di atas maka setiap kali melepaskan keinginan seks, niatkan untuk menambah bilangan umat yang bertaqwa.


2. Rasulullah bersabda, maksudnya: "Pilihlah tempat menyimpan air mani yang baik (isteri solehah) dan kahwinilah wanita yang sepadan." (Riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim).

Pilihan yang tepat ada kaitan dengan zuriat keturunan. Perhubungan seks dengan pasangan yang baik itu menjadikan zuriat keluarganya baik-baik juga. Sebaliknya, jika keturunan salah satu dari pasangan itu terdiri daripada orang yang pernah membuat maksiat maka kesannya akan menjalar kepada zuriatnya pula.

Rasulullah bersabda: "Apabila suami mengajak isterinya ke tempat tidur lalu dia enggan, maka tidurlah suami itu dalam keadaan marah kepadanya. Akibatnya malaikat turut marah kepadanya sehingga Subuh. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hubungan seks boleh menceriakan hati pasangan suami isteri. Tanpanya akan menjadikan hati pasangan menjadi gundah, menderita dan tidak tenang. Isteri perlu sedar tanpa berkahwin pun seseorang itu boleh memakai pakaian bersih,boleh makan makanan yang enak dan boleh berhibur hati, tetapi tanpa perkahwinan dia tidak boleh menyalurkan keinginan seks secara halal. Kerana itu, hormatilah suami demi menceriakan jiwanya.

3. Rasulullah pernah juga bersabda yang menggambarkan apabila seseorang itu berkahwin menangislah para syaitan dan sembahyang orang yang berkahwin lebih pahalanya daripada mereka yang belum berkahwin.

Dengan berkahwin, seorang isteri itu akan terbela kehidupannya, terselamat kehormatannya manakala suami pula tidak akan terjebak lagi dengan dosa dan maksiat kerana semuanya ada di dalam rumahtangga mereka. Ini dengan sendirinya boleh meningkatkan iman dan taqwa masing-masing.

Begitulah antara sebab mengapa perkahwinan disyariatkan dan begitu dititikberatkan. Seorang lelaki tidak minta dirinya dikahwinkan, wanita tidak minta dirinya dilamar dan janda tidak minta diri dan anak-anaknya dibela melainkan hanya untuk kepentingan Islam. Demi mahu merebut kasih sayang, rahmat dan redha Allah sebagai jambatan selamat menuju ke hari
akhirat.

"Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama.Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik."- Ibn Majah

############

Now, the question is, betulkah niat kita untuk mendirikan rumahtangga? wallahu a'lam.
Who am I to criticize question something I've never experienced before?

even though, back to the question asked, I would react this way>> *neez nods vigorously* lol insya Allah :)

... and this is when ness and neez's theme song comes in line.. NESS, CUE!

Monday, November 27, 2006

Live in the way of Allah...



Salaam my dear readers...

May you all are in the best of health. May Allah reward you for the good intentions that you have placed in your hearts to do good, insya Allah...

It has been one of those days when I feel very thankful to Allah s.w.t., all praises are due to Allah alone and me grinning so much helps to remind myself how thankful I am to Him... Alhamdulillah.. whatever happens, Allah knows best.

On a personal note, I might be asking to a silent crowd here but can I ask for your help, my readers, to provide me with a few suggestions for a name to be given to a company? Insya Allah, the selected one will be used to register the company under that particular name. Jazakallahu Khairan for your generous effort =)

For now, here's one picture taken from my digicam, the parents, my youngest brother Aizuddin and I.



I'm gonna post an article I found online, may we benefit from this, insya Allah. To read more articles, click here for the link. I've also added a new link. In your own time, please do visit, insya Allah, may we benefit from this knowledge.

A Beautiful Hadith

Khalid ibn al Wald (Radi Allahu Ta'ala anhu) narrated the following hadith:

A Bedouin came one day to the Holy Prophet (sallallahu 'alahi wasallam) and said to him,

"O, Messenger of Allah! I've come to ask you a few questions about the affairs of this Life and the Hereafter."

-"'Ask what you wish" said Rasulullah (sallallahu 'alahi wasallam).

Q: I'd like to be the most learned of men.

A: Fear Allah, and you will be the most learned of men.

Q: I wish to be the richest man in the world.

A: Be contented, and you will be the richest man in the world.

Q: I'd like to be the most just man.

A: Desire for others what you desire for yourself, and you will be the most just of men.

Q: I want to be the best of men.

A: Do good to others and you will be the best of men.

Q: I wish to be the most favored by Allah.

A: Engage much in Allah's praise, and you will be most favored by Him.

Q: I'd like to complete my faith.

A: If you have good manners you will complete your faith

Q: I wish to be among those who do good.

A: Adore Allah as if you see Him. If you don't see Him, He seeth you. In this way you will be among those who do good.

Q: I wish to be obedient to Allah.

A: If you observe Allah's commands you will be obedient.

Q: I'd like to be free from all sins.

A: Bathe yourself from impurities and you will be free from all sins.

Q: I'd like to be raised on the Day of Judgement in the light.

A: Don't wrong yourself or any other creature, and you will be raised on the Day of Judgement in the light.

Q: I'd like Allah to bestow His mercy on me.

A: If you have mercy on yourself and others, Allah will grant you mercy on the Day of Judgement.

Q: I'd like my sins to be very few.

A: If you seek the forgiveness Allah as much as you can, your sins will be very few.

Q: I'd like to be the most honorable man.

A: If you do not complain to any fellow creature, you will be the most honorable of men.

Q: I'd like to be the strongest of men.

A: If you put your trust in Allah, you will be the strongest of men.

Q: I'd like to enlarge my provision.

A: If you keep yourself pure, Allah will enlarge your provision.

Q: I'd like to be loved by Allah and His messenger.

A: If you love what Allah and His messenger love, you will be among their beloved ones.

Q: I wish to be safe from Allah's wrath on the Day of Judgement.

A: If you do not loose your temper with any of your fellow creatures, you will be safe from the wrath of Allah on the Day of Judgement.

Q: I'd like my prayers to be responded.

A: If you avoid forbidden actions, your prayers will he responded.

Q: I'd like Allah not to disgrace me on the Day of Judgement.

A: If you guard your chastity, Allah will not disgrace you on the Day of Judgement.

Q: I'd like Allah to provide me with a protective covering on the Day of Judgement.

A: Do not uncover your fellow creatures faults, and Allah will provide you with a covering protection on the Day of Judgement.

Q: What will save me from sins?

A: Tears, humility and illness.

Q: What are the best deeds in the eyes of Allah?

A: Gentle manners, modesty and patience.

Q: What are the worst evils in the eyes of Allah?

A: Hot temper and miserliness.

Q: What assuages the wrath of Allah in this life and in the Hereafter?

A: Concealed charity and kindness to relatives.

Q: What extinguishes hell's fires on the Day of Judgement?

A: Patience in adversity and misfortunes.

Related by Imam Ahmad ibn Hanbal (Rahmatullah Ta'ala 'alaih)

.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.x.

.My Munajat.

"O Allah, I obtain one promise from You, and never do You go against Your promise. I am, after all, a human being, so any Muslim that I have ever harmed, spoken ill of, cursed or flogged, then in compensation for that give him Your blessings, Your purity and Your nearness". (Hadith of Al-Bukhari and Muslim)